Lorem

Delete this widget in your dashboard. This is just an example.

Ipsum

Delete this widget in your dashboard. This is just an example.

Dolor

Delete this widget in your dashboard. This is just an example.
 

Salam Maulidur Rasul

Isnin, 6 Februari 2012


Maulidur Rasul atau kelahiran Rasul (Muhammad saw) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal (bulan Islam) Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Selamat Tahun Baru Cina

Rabu, 18 Januari 2012


Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua warga SK Sg Lengan terutamanya guru-guru dan murid yang berbangsa cina. Sekolah bercuti selama 1 minggu bermula 21 Januari sehingga 29 Januari 2012.

Diharap murid-murid dapat menggunakan masa cuti dengan baiknya, jangan diabaikan buku-buku serta mata pelajaran sempena cuti ini. kepada guru-guru yang akan bpulang jauh terutamanya, berhati-hati semasa menempuh perjalanan pulang nanti

Selamat Datang

Jumaat, 13 Januari 2012


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca. Setelah beberapa bulan menyepi, kini SK Sg Lengan kembali online di blogspot pula. Sebelum ini laman web rasmi SK Sg Lengan telah dibina atas tapat hosting percuma dan ini menyebabkan laman tersebut telah pun didelete oleh pemilik hosting.

Bagi meneruskan usaha perkongsian idea, bahan dan sebagainya melalui medium internet ini, pihak SK Sg Lengan telah berusaha membangunkan pula blogspot. Diharap pembinaan blog ini dapat berkekalan dan ditambahbaik setiap masa.

Sokongan dari pihak sekolah, rakan-rakan guru serta pembaca-pembaca di luar sana dapat membantu dengan memberi sokongan sepenuhnya bagi mengekalkan dan meneruskan usaha murni ini

Lorem

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.

Ipsum

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.

Dolor

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.